About Me

My photo
YESTERDAY was HISTORY , TOMORROW will be MYSTERY , TODAY is a GIFT

Thursday, 11 August 2011

KUIS Terima Sumbangan Komputer Riba


5 Oktober 2010, BANDAR SERI PUTRA :  Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima sumbangan komputer riba (netbook) daripada Syarikat KM Telecommunications Sdn Bhd. Sebanyak 5 buah komputer telah disumbangkan oleh syarikat berkenaan dimana 4 buah untuk pelajar KUIS yang terpilih manakala sebuah lagi untuk kegunaan Unit Masjid Al-Azhar KUIS. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besarnya, Encik Mustafa Mod Wari kepada wakil KUIS iaitu Encik Jahaluddin Hassan selaku Bendahari KUIS di pejabatnya. 

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak KMT dan diharapkan agar bantuan seperti ini akan dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar KUIS selari dengan kemajuan teknologi”, ujarnya selepas menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan tersebut merupakan suatu tanggungjawab sosial yang  mana akan dapat memberikan manfaat besar kepada KUIS dan juga pelajar yang menerimanya.  
51010_1 51010_2

No comments:

Post a Comment